ngan sengaja nyer, aku nk post kn
entry yg sgt sweet dr blog 1org mamat yg macho..
giler sweet mamat nie..
nape ar aku x jmpa dia dr dulu..teheheee!
sape kata bdk band x leh jd bf yg baik..
cuba korang baca luahan hati lelaki nie..
(psst..klu aku jmpa mamat nie kt luar gua cium dia 1x pastu gua lari)
2009 Sep 7
Entri Dedikasi Hari Lahir Buat Manusia Paling Abang Pjoe Sayang Sekali! (Tajuk yang dirasakan sesuai dan tidak berapa jiwang)
Dalam 2, 3 hari ni suhu badan aku melonjak dengan melampau. Sudah lama tidak demam sakit urat begini. Sekarang ini pun aku berada di rumah. Pagi tadi kononnya ingin cuba bekerja. Tapi memang aku tak ada daya. Kepala berdenyut-denyut. Mungkin inilah akibatnya bila bawa skuter dalam hujan lebat pada waktu selewat 2 pagi.
Sejuknya terus menusuk ke dasar paling akar dalam tulang. Rasa sangat sejuk, tapi badan panas nak mati. Ubat dah berbiji-biji aku telan. Lepas telan ubat, demam akan kebah. Mulut pula jadi tawar semacam. Makan tom yam pun rasa tak 'seindah' yang biasa lidah aku teroka. Tapi, bagi aku sakit itu bukannya sesuatu yang membebankan. Mungkin ini peringatan untuk aku sebagai hamba Allah untuk terus ingat kepadaNya.
Pergi klinik pagi tadi doktor tak cakap banyak. Macam biasa, dia tanya sakit apa. Aku cakap, demam dan sakit kepala. Tapi tak selesema. Cuma tekak rasa perit masa nak menelan. Dia bagi ubat demam, antibiotik dan painkiller. Semenjak dua ni memang jadi kaki ubat betul aku ni. Berbeza dengan dulu. Cukup liat nak pergi ke klinik. Sekarang sejak adanya orang yang jaga dan ambil berat pasal diri, aku kena pastikan aku perlu sihat. Untuk aku. Dan untuk dia.
Oh, sepet... bicara perihal si sepet...
Si sepet ni banyak membuka minda aku dalam banyak hal. Dia boleh aku katakan sumber inspirasi terbesar pernah aku miliki. Belum pernah aku sayang seorang kaum hawa sebegini rupa. Aku sanggup buat apa saja untuk dia. Literally.
Masa mula-mula kenal di ruang maya dulu, aku agak bodoh. Aku macam tak ambil serius bila dia mahu kenal aku. Dia tegur aku di blog. Dulu blog aku ni ada chatbox. Tapi sebab bosan dengan kaki spam, aku buang. Lepas tu aku masuk blog dia. Reaksi aku...
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....
Kemudian dari situ aku add dia kat myspace. Bila dia approve, aku diamkan diri. Aku tak komen apa pun. Dalam dua tiga hari lepas tu, aku yang kadang-kadang suka buat kerja bongok, pergi delete dia dari friend list aku. Kenapa? Entah. Mungkin itu ego seorang jantan. Lagipun pada masa itu aku sedang berpacaran dengan orang lain.
Selang beberapa hari kemudian.. dia add aku semula. Dia tanya, kenapa aku delete dia. Aku jawab, sebab awak tak tegur saya, saya delete-lah. Pulak! Balas dia. Kemudian dari situ, kami berborak di ym. Ya, ketika itu aku masih bengap lagi. Aku macam tak berapa nak ambil interest dengan dia. Bukan aku sombong. Entahlah. A.S.S.H.O.L.E mungkin itu ejaan bagi nama Pjoe ketika itu.
Tak berapa lama lepas tu, aku kena dumped dengan awek yang dulu terhegeh-hegeh nak kat aku. Yang aku tahu, dia jump kepada seorang rockstar tersohor kat Malaysia. Macamlah aku peduli. Bitch. Fucking groupie. Tapi, dia dah kahwin sekarang. So, berbahagialah dia dengan anak dan suaminya. I got no issue what so ever dengan dia. End.
Kemudian, pada satu event rantai di Jaya One.. aku berjanji nak jumpa dia. Kami berborak bagai nak rak di ym. Dia memang berkobar-kobar nak jumpa aku. Tapi macam biasa, asshole macam aku mesti ada buat taik. Masa tu aku dah 2 hari tak tidur sebab nak siapkan kerja. Bila dia dah sampai di sana, aku call. Cakap tak jadi pergi sebab aku kena migrain. Sebelum tu, aku cuba gagahkan diri nak pergi. Dah siap mandi pakai perfume segala. Tapi asshole macam aku suka lepaskan peluang yang tersedia ada. Peluang untuk aku berjumpa dengan seseorang yang signifikasinya dalam kamus hidup aku sangat besar sekali. Asshole kan aku?
Kemudian tiba bulan puasa. Aku ada ajak dia keluar berbuka. Bukan berdua, tapi bersama beberapa teman lain. Biasanya, penakut macam aku mana reti nak pergi blind date. Lagi sekali, asshole kan, aku? Tapi dia tak dapat pergi. Sebab dia dah janji dengan kenalan dan temannya. Kenapa timing antara aku dan dia selalu tidak kena. Biar aku dan dia saja yang tahu.
Pada hari raya ketiga di Kota Bharu. Aku, Ely dan Nasir lepak di bandar. Kami ada shoot video suka-suka tentang bandar Kota Bharu. Video tu pernah aku letak dalam blog ni. Kalau ada antara kamu yang gatal tangan dan mata nak tengok, klik saja label 'video'. Kau carilah sendiri. Masa tengah lepak tu. Ely cakap kat aku dia ada di Kota Bharu. Ya, mama dia orang KB. Rumah neneknya pula terletak dalam bandar Kota Bharu. Jadi, Ely tanya aku sama ada aku nak jumpa ke tak. Aku suruh Ely call. Ely cakap, kau call-lah sendiri, asshole! Lepas tu aku call dia. Masa aku call, dia sedang hadiri sebuah kenduri saudaranya di Pasir Tumbuh. Ya, kali ini aku berjaya. Malam tu, aku bersama Nasir dan Ely pergi jemput dia pada lebih kurang 8 malam.
Sampai di pintu pagar rumah nenek dia, aku call. Suruh dia keluar. Kemudian kelibat seorang gadis muncul dari kesamaran senja. Okey, mula-mula aku nak tanya kamu semua. Pernah tak kamu rasa bila kali pertama lihat seseorang... rasanya sangat pelik. Isk. Macam mana aku nak terangkan ek? Mata aku tak lekang tengok dia. Dari dia keluar rumah kemudian kunci pintu rumah. Kunci pintu pagar. Mata aku memang tak boleh lari dari melihat dia.
Aku macam... Eh... dia ni...
Kalau aku cakap itu cinta pandang pertama mungkin kamu cakap ianya agak klise. Entah. Macam aku cakap, aku tak reti nak explain. Tapi rasa itu memang sangat istimewa. Oh ya... ianya macam... dalam hati kau tiba-tiba ada sekebun pokok bunga mekar kembang dengan serentak siap ada embun dengan disinari matahari pagi dan dialun dengan bunyian indah kicauan burung. Entah. Mungkin begitulah kot. Asshole kan, aku?
Malam tu kami lepak di Hayaki, sebuah restoran ala-kopitiam. Entah. Aku pun tak reti nak klasifikasikan spesis restoran. Aku anggap, kamu fahamlah dengan definisi yang cuba aku maksudkan. Di restoran tu, Ely dan Nasir mengusik aku dan dia. Mereka berdua macam dah berpakat nak kenakan aku. Yang peliknya, aku tak marah. Malah aku lagi suka, adalah!
Dah habis episod di situ, kami meronda sekitar Kota Bharu. Lepas tu, kawan Nasir yang juga kawan aku, call ajak jumpa. Terus kami ke studio yang terletak di Kubang Kerian. Bila nak masuk, terpampang di pintu studio, "perempuan dilarang masuk". Errr... Mungkin dilarang masuk kalau bersama-sama dengan lelaki. Ini Kota Bharu, bukannya Harta Mas! Jelas aku lagi. Jadi dia terpaksa duduk kat luar sementara Nasir dan rakan-rakan mengalunkan melodi lagu Ramones. Aku duduk kat luar. Temankan dia. Masa tu, chemistry yang dirasakan antara aku dengan dia memang sangat kuat.
Tarikan antara aku dengan dia bagaikan dua magnet yang bila-bila masa sahaja mahu bercantum. Dia sendiri yang akui akan hal itu. Bila dah habis belasah alatan muzik, kami bergambar. Masa bergambar, aku tak sedar bila masa tangan aku merayap pergi pegang tangan dia. Bukan gatal. Aku macam kena pukau. Kamu faham, kan? Dia hanya senyum. Haih... comelnya senyuman kau ni budak sepet berambut panjang. Masa tu aku mula sedar, "adakah aku mengundang masalah?" Kenapa soalan itu terpacul dalam minda, aku sendiri pun tidak pasti kenapa. Tapi seminggu selepas itu, baru aku faham kenapa.
Apa yang aku perasan masa tu, telefon dia selalu berdering... Hmmm....
Muka aku macam gatal gila, kan?
Keesokkan harinya, aku ajak dia pergi kenduri kahwin kawan aku di Ketereh. Dia pakai kebaya warna pink. Comel ke tak? Huh.. kau agak-agak yang mana jawapan aku? Duhhhh! Sampai di rumah pengantin, aku disambut beberapa teman. Semua senyum macam ungka bila tengok aku bawa dia bersama. Bila dah kenyang makan nasi kenduri, aku call Ely. Malam tu kami kena jemput budak-budak Muck dan Jayzuan di Jalan Hamzah. Kebetulan ketika itu, KB Kids ada menganjurkan event unplugged di Kota Bharu. AKu dan Ely yang kononnya sebagai AJK, bertanggungjawab untuk uruskan mereka.
Lepas tu lepak lagi. Kali ini di lokasi berbeza. Aku dan Ely kononnya nak bawa budak-budak Ipoh ni makan tom yam yang best. Tapi haram, banyak kedai masih belum beroperasi. Mahu tidak mahu, kami bawa mereka ke 'padey bah'. Tiba di sana, tuan kedai buat songeh. Sejam lebih selepas pesanan dibuat, baru makanan sampai. Buat malu orang Kota Bharu saja.
Itulah antara apa yang aku ingat ketika pertama kali bersua mata dengan dia. Orang cakap, kalau ada jodoh tak akan lari ke mana. Mungkin kebenaran kata orang tua-tua itu benar secara mutlak. Benar secara bulat. Benar secara hakiki. Lambat atau cepat, kalau dah ditakdirkan kau dengan si polan tu, memang itulah jadinya.
Sepet, terima kasih sebab menjadi insan paling istimewa dalam hidup saya. Awak melengkapkan saya. Macam yang selalu saya cakap, kehadiran awak dalam hidup saya banyak mengubah saya. Awak banyak ajar saya tentang bagaimana menjadi seorang yang lebih sabar. Saya dah jadi makin kurang keras kepala. Kita berdua anak sulung, jadi matematiknya akan mengeluarkan 'sama dengan' yang lebih kurang sama. You make me a better person. Each and every single day. It something that i never thought i could be. I want to make you happy. And i want you to make me happy. Jom happy sama-sama sampai mati.
Perkataan ini tak akan luput dari bibir saya. Ya, saya sayang awak. Love you. Always. Sampai bila-bila. Sampai roh saya terpisah dari jasad pun, saya tetap akan sayangkan awak.
Miawwwww!
Happy birthday my sepet! Nak hadiah? Kasik kiss 24 juta kali dulu, baru saya kasi! Haha! Boleh? Ya, saya asshole yang sayangkan awak lebih dari dirinya sendiri, kononnyalah! :)